Bismillah atau
Basmalah (Bahasa Arab:
بسملة) adalah sebuah perkataan
Arab yang digunakan sebagai nama pengumpulan pada keseluruhan frasa
Islam secara berulangan. Frasa ini merupakan ayat pertama pada "surah" (atau bab) dalam
Al-Qur'an, dan digunakan dalam berbilangan konteks oleh umat Muslim. Ia disebut beberapa kali dalam
solat dan sering dijadikan frasa mukadimah dalam segala urusan rasmi bagi beberapa negara Islam.
Dalam Qur'an, ia sering dinomborkan sebagai ayat pertama
surah pertama, tetapi menurut pandangan
Al-Tabari, ia adalah pendahuluan sebelum ayat pertama. Ia juga terletak di semua permulaan
surah kecuali
surah kesembilan, tetapi tidak dinomborkan kecuali di surah pertama tadi. Frasa ini juga muncul dua kali dalam
Surah An-Naml, iaitu dipermulaan dan pada ayat ke-30.
- بسم الله الرحمن الرحيم
- bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi
- "Dengan nama Tuhan, Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang"
Perkataan "basmalah" sendiri terbit dari sebutan empat konsonan pertama bagi
bismi-llāhi... yang akarnya adalah b-s-m-l (ب س م ل). Akar konsonan abstrak ini digunakan untuk menerbitkan kata nama basmalah, begitu juga bentuk kata kerja yang bermaksud "baca basmala". Perlakuan memberikan nama bagi perkataan yang lazim disebut atau
zikir juga berlaku seperti frasa "
Allahu Akbar", yang dirujuk sebagai "Takbir" (juga
Ta'awwudh dll.); dan kaedah mengambil empat huruf konsonan juga seperti berlaku seperti kata nama "Hamdala" bagi
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment